Tumpu pulih ekonomi, perbaiki komunikasi – Nurul Izzah

Tumpu pulih ekonomi, perbaiki komunikasi – Nurul Izzah

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggesa gabungan dalam kerajaan meneruskan usaha dalam mendepani peningkatan arus sokongan terhadap PAS dan PN, susulan tamatnya PRN di enam negeri minggu lalu.

Nurul Izzah antara lain membangkitkan usaha memulihkan ekonomi serta menambah baik komunikasi kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Hakikatnya, PAS telah berjaya menusuk kalbu anak-anak muda kita dan saya akui sendiri terkhilaf kerana tidak mahukan PRN diadakan bersama dengan PRU. Ternyata, melaksanakan kedua-duanya bersekali mampu menghasilkan momentum yang perlu bagi meraih peratus keluar mengundi yang maksimum.

“Selain mendepani serta melawan politik ekstremisme dan rasuah yang terus menyengat, usaha untuk melaksana agenda reformasi, memastikan ekonomi rakyat bertambah baik, mendekati dan menjiwai anak muda serta wanita harus kita giatkan,” katanya dalam kenyataan di Instagram semalam.

PRN lalu menyaksikan gabungan PH-BN mengekalkan kemenangan di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, manakala PN kekal di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Namun, dari segi jumlah kerusi, PN menunjukkan kemaraan terutama di kerusi majoriti Melayu di Pulau Pinang dan Selangor, sehingga menafikan majoriti dua pertiga PH-BN di Selangor.

Pada masa sama, BN mencatatkan prestasi buruk dengan kalah semua kerusi ditandingi di Kedah dan Terengganu dan hanya menang di DUN Galas di Kelantan.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata kempen PRN telah “merampas masa” kerajaan daripada pelaksanaan program ekonomi seperti Ekonomi Madani, Pelan Transisi Tenaga Kebangsaan; Inisiatif Gaji Progresif serta Perancangan Industri Kebangsaan.

Dia berkata rakyat masih risau berhubung soal ekonomi dan kos sara hidup seperti ketika penularan wabak Covid-19 walaupun statistik menunjukkan inflasi telah menurun.

“Saya menyertai korus desakan agar agensi komunikasi kerajaan diperkukuh supaya inisiatif, kejayaan dan usaha murni kerajaan perpaduan sampai terus kepada rakyat.

“Jangan lupa, pertarungan akan tiba lagi nanti – maka usaha memenangi hati dan mendengar denyut jantung rakyat berjalan terus,” katanya lagi.

Dia juga menyuarakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam PRN lalu, antaranya jentera dan sukarelawan.

“Setiap keputusan pasti melahirkan impak yang disusuli perasaan bercampur – terkejut bersyukur dan sedih. Tapi akhrinya, sentiasa disertai proses muhasabah dan penerimaan.

“Walau dinamik pemindahan undi antara PH dan Umno mampu diperbaiki, jambatan sudah pun kita berjaya kita bersama. Kita perlu terus melanjutkan usaha dan belajar daripada episod ini,” katanya lagi. BH

Tumpu pulih ekonomi, perbaiki komunikasi – Nurul Izzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker