Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan

Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan

ADUN Sikamat Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai menteri besar Negeri Sembilan untuk penggal kedua di Istana Seri Menanti Kuala Pilah, hari ini.

Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.



Terdahulu, Tuanku Muhriz mengumumkan perkenannya untuk melantik Aminuddin sebagai menteri besar.

Pada PRN Sabtu lalu, gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) mengekalkan pentadbiran di Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti dua pertiga.

Kerjasama PH-BN menang 31 daripada 36 kerusi dipertandingkan dengan DAP menyapu bersih semua 11 kerusi ditandingi, iaitu Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Lukut dan Repah.

PKR pula menang lima kerusi, iaitu Sikamat, Pilah, Sri Tanjung, Ampangan, Chuah, namun hilang Labu manakala Amanah yang bertanding di DUN Klawang dan Paroi hanya mampu mempertahankan kerusi Klawang.



BN mengekalkan kedudukan di 14 daripada 17 kerusi ditandingi, termasuk mempertahankan DUN Lenggeng, iaitu kerusi dimenangi AMANAH pada PRU-14.

Perikatan Nasional (PN) pula menang di Labu, Paroi, Bagan Pinang, Gemas dan Serting. FMT

Aminuddin angkat sumpah MB Negeri Sembilan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker