PH-BN belum selamat, PAS mahu hantar petisyen dalam masa terdekat

PAS sedang mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di beberapa kerusi DUN susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Setiausaha Agung parti itu, Takiyuddin Hassan berkata PAS sedang meneliti keputusan dan laporan pilihan raya bagi beberapa kawasan yang dipertikaikan.

“PAS tidak menolak kemungkinan untuk memfailkan petisyen pilihan raya terhadap keputusan tersebut dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Takiyuddin bagaimanapun tidak menyatakan kerusi terbabit.

Pada PRN Sabtu lalu, PAS tewas di beberapa kerusi DUN dengan majoriti tipis termasuk DUN Kota Lama di Kelantan (202 undi), Taman Templer di Selangor (467 undi), dan Sungai Lui, Negeri Sembilan (535 undi).

Sementara itu, Takiyuddin mewakili PAS merakamkan terima kasih kepada pengundi yang telah mengundi dan memberi kepercayaan kepada calon-calon PN.

PAS katanya turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak berwajib khasnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan polis dan keselamatan serta semua agensi yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan pilihan raya berkenaan.



Dalam PRN baru-baru ini, PN berjaya mempertahankan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan mencatatkan kemenangan besar dan majoriti dua pertiga.

Parti itu menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN di Terengganu, menang 43 daripada 45 kerusi DUN di Kelantan dan menewaskan kesemua calon BN di Kedah.

Meskipun tewas di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, gabungan itu memperoleh jumlah kerusi memberangsangkan di negeri-negeri berkenaan khususnya di kawasan majoriti Melayu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk



Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta



Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker