KDN tamatkan kontrak NIISe untuk Iris
KDN tamatkan kontrak NIISe untuk Iris
Iris Corp Bhd mengumumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menamatkan kontrak untuk Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) berkuat kuasa serta merta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Iris berkata anak syarikat milik penuhnya, Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (IITS), yang dikontrakkan sebagai pemaju sistem imigresen baharu itu, hari ini menerima notis daripada KDN yang bertarikh 10 Ogos 2023, yang memaklumkan penamatan kontrak itu.
Iris berkata, ia sedang mendapatkan nasihat perundangan daripada peguam dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi kepentingan serta hak undang-undangnya berkaitan dengan kontrak itu.
“Penamatan kontrak NIISe dijangka akan memberikan impak terhadap prestasi kewangan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
“Walau bagaimanapun, tahap kesannya tidak boleh ditentukan dengan tepat pada masa ini,” kata Iris.
Ia menambah, kontrak itu dijangka tidak mempunyai sebarang impak operasi material terhadap kumpulan.
IITS pada 23 Mei lalu telah menerima surat lanjutan kontrak daripada KDN bagi tempoh 12 bulan bermula 1 September 2025 sehingga 31 Ogos 2026.
IITS adalah pembangun sistem NIISe yang dikatakan bakal menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) yang diguna pakai oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sejak 13 tahun lalu. BH
KDN tamatkan kontrak NIISe untuk Iris
Baca Artikel Menarik:
- Tukar ketua J-Kom segera – Adun DAP
- Aminuddin akan dilantik MB Negeri Sembilan semula
- Sanusi nak berbaik dengan Pusat
- Nabil terkejut Syafiq Kyle batal nikah dengan Mimi Lana
- Janna Nick masuk hospital akibat radang usus
- 2 minggu jiran dengar mangsa dera meraung, menangis
- Apa yang Melayu tak puas hati?
- PRN menunjukkan kita semakin hilang sokongan, kaji semula cara UMNO ditadbir
- Bersatu pun kalah banyak kerusi
- Dakwaan PAS perjuang Islam raih sokongan Melayu – Mufti
- Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN
- Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Batal Nikah
- Ketua Pesuruhjaya SPRM bidas Hamzah, saman sajalah
- Farid Kamil cari ketenangan sertai tabligh selepas bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bikini Amy Nur Tinie bikin panas
You must be logged in to post a comment.