Lelaki maut, kereta terbabas bertembung ambulans

Keadaan kereta dipandu mangsa selepas bertembung dengan sebuah ambulans di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 3, Gua Musang semalam. – Foto ihsan polis

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah ambulans di Kilometer 40, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 3 di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa, Muhammad Afnan Afiq Sukran, 19, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang berusia 16 tahun berada di tempat duduk penumpang depan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.



“Keadaan itu menyebabkan kereta dinaiki dua sekawan itu bertembung dengan sebuah ambulans Kementerian Kesihatan.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, pemandu ambulans itu terkehel kaki kanan manakala tiga penumpang di dalam kenderaan tersebut termasuk dua jururawat dan seorang pesakit tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa Muhammad Afnan Afiq dihantar ke bahagian Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat.



Tambahya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker