‘Hulk’ turut turun mengundi di DUN Paya Terubong

Kelibat seorang ‘lelaki misteri’ memakai kostum watak adiwira `Hulk’ ketika mengun di Air Itam, Georgetown, hari ini, menarik perhatian ramai.

 

GEORGETOWN: Kelibat seorang lelaki misteri memakai kostum watak adiwira Hulk ketika mengundi di Air Itam di sini, hari ini, menarik perhatian ramai.

Beliau dilihat tiba di pusat mengundi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong dengan menunggang motosikal kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota polis mendekati lelaki itu dan menasihatkan supaya membuka topeng ketika proses mengundi di ruangan yang disediakan.



Namun, persoalan mengapa dia sanggup bersusah payah mengenakan kostum yang diinspirasikan daripada watak komik Marvel berjudul `The Incredible Hulk’ itu tidak diketahui kerana menolak untuk ditemubual.

Beliau secara baik turut menolak untuk mendedahkan wajahnya selepas mengundi, namun sempat melambai dan menunjukkan beberapa gaya menarik kepada petugas media sebelum beredar.

Hari ini, seramai 1,234,198 pengundi akan menentukan hala tuju politik Pulau Pinang untuk sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun akan datang yang membabitkan 331 pusat mengundi di seluruh negeri.

PRN kali ini turut menyaksikan Pakatan Harapan (PH) yang menerajui negeri ini selama tiga penggal berturut-turut membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker