Pengarah Persada Oasis Travel mengaku salah gagal bayar tuntutan jemaah

Pengarah Persada Oasis Travel mengaku salah gagal bayar tuntutan jemaah

SEREMBAN: Pengarah sebuah agensi pelancongan dan umrah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas empat pertuduhan gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kepada dua individu berjumlah RM41,920 pada Julai tahun lalu.

Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noorhafizah Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.



Bagi pertuduhan pertama dan ketiga, orang kena saman (OKS) didapati gagal selepas 14 hari dari tarikh award diserahkan untuk mematuhi award TTPM bertarikh 27 Jun 2023 yang dibuat di Pejabat TTPM Negeri Sembilan yang memerintahkannya supaya membayar masing- masing RM14,040 kepada Norma Said, 58 dan RM27,880 kepada Azlina Umar, 52 yang menuntut tuntutan itu.

Bagi pertuduhan kedua dan keempat, OKS sebagai Pengarah Persada Oasis Travel & Tours Sdn Bhd didakwa melakukan kesalahan sama.

Perbuatan dilakukan syarikat itu di premis beralamat di Taman Ostia Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 26 Julai 2023.

Justeru, OKS didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama.



Sabit kesalahan, ia boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh sebagai tambahan kepada penalti boleh didenda tidak kurang daripada RM100 dan tidak melebihi RM5,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk fakta pertuduhan dan hukuman.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Khairul Azman Rosli manakala OKS tidak diwakili peguam bela. BH



Pengarah Persada Oasis Travel mengaku salah gagal bayar tuntutan jemaah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker