Bertumbuk di eskalator gara-gara kereta tolak bayi tersekat
Bertumbuk di eskalator gara-gara kereta tolak bayi tersekat
SURABAYA: Sejumlah pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Surabaya, jawa Timur saling bertumbuk gara-gara kereta tolak bayi tersekat di tangga bergerak atau eskalator.
Menurut pengurusan pusat beli-belah Pakuwon, kejadian itu berlaku apabila sepasang suami isteri membawa kereta tolak bayi mereka menaiki eskalator sebelum ia tersekat.
Insiden itu menyebabkan pengunjung yang berada di belakang mereka terkandas dan hampir terjatuh.
Kejadian itu menyebabkan dua keluarga tersebut saling bertekak sebelum bertumbuk.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup, lelaki yang membawa kereta tolak bayi itu dipukul seorang lelaki dan dua wanita yang berada di belakangnya.
Seorang pengawal keselamatan turut berada di situ dan cuba meleraikan pergaduhan, namun gagal.
Tidak lama kemudian, pergaduhan mulai reda dan kedua-dua pihak membuat keputusan tidak mahu memanjangkan kes dan saling berdamai.
dalam pada itu, Pengarah Pemasaran Pakuwon Group, Sutandi Purnomosidi mengesahkan insiden tersebut.
“Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu kira-kira pukul 10 malam ketika pusat beli-belah hampir ditutup.
“Syukur tiada yang cedera serius dalam insiden itu biarpun pergaduhan tercetus.
“Kami ingin ingatkan para pengunjung supaya menggunakan lif jika membawa kereta tolak bayi kerana membawanya menaiki eskalator adalah bahaya,” ujarnya. Utusan
Bertumbuk di eskalator gara-gara kereta tolak bayi tersekat
Baca Artikel Menarik:
- Chef Nasi Arab terkenal aniaya saya – King of Roadtrip
- Exco Kelantan belanja penapis air kepada aduan yang viral sahajakah?
- Saifuddin Nasution kacau saya – Sanusi
- Telefon tauke judi untuk minta duit?
- Sanusi hang duk buat apa la ni?
- Anak rantau Kelantan pasti dapat peluang kerja jika diberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan
- Anwar lawat Ustaz Muhaizad di Madrasah Ribat Al-Musthofa
- Doktor pakar kanser tembak bayi sebelum bunuh diri
- Calon PAS disiasat berkait dakwaan pikat isteri orang
- Sanusi dituntut bayar ganti rugi RM200 juta oleh Vincent Tan
- ‘Fahaman saya benar, yang lain sesat’
- SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam
- ‘Aduh YB janganlah macam ni’
- Sanusi ‘play victim’ untuk raih simpati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.