Doktor cantik Yuna ITZY bikin ramai ‘cair’

Doktor cantik Yuna ITZY bikin ramai ‘cair’

JAKARTA – Seorang doktor di Indonesia mendapat perhatian ramai pengguna media sosial kerana dikatakan mempunyai wajah seiras penyanyi kumpulan K-Pop ITZY, Yuna, lapor portal berita Okezone semalam.

Berdasarkan video yang tular di laman Twitter, seorang wanita merakam gambar doktor yang sedang bertugas itu secara sembunyi.



Doktor wanita itu pada awalnya memakai pelitup muka sebelum membukanya selepas seorang pesakit lelaki mengajak dia bergambar.

Ketika dia membuka pelitup muka, wajahnya jelas kelihatan, sekali gus menyebabkan dia digambarkan amat mirip dengan penyanyi rap dari Korea Selatan itu.

“Heboh di media sosial, seorang doktor yang amat mirip dengan Yuna ITZY. Doktor ini amat cantik sehingga ada yang mengajak dia bergambar,” demikian menurut keterangan video itu.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen dairpada pengguna media sosial.



“Saya juga mahu jadi pesakit anda, doktor,” komen seorang netizen.

“Kalau pesakitnya lelaki, terus sihat selepas melihat wajah doktor,” ujar pengguna lain. Utusan

Doktor cantik Yuna ITZY bikin ramai ‘cair’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker