Sanusi dituntut bayar ganti rugi RM200 juta oleh Vincent Tan

Sanusi dituntut bayar ganti rugi RM200 juta oleh Vincent Tan

Pengasas Berjaya Vincent Tan menuntut Sanusi Nor membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan berunsur “fitnah” menteri besar Kedah itu mengenai projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Vincent dan syarikat Berjaya Land Berhad turut menuntut pampasan sebanyak RM200 juta.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, satu surat tuntutan dihantar kepada Sanusi pada 5 Ogos lalu menuntut beliau menarik balik kenyataan itu tanpa syarat, memohon maaf secara terbuka, memberi jaminan tidak mengulangi tuduhan itu dan membayar pampasan sebanyak RM200 juta.

“Sekiranya Sanusi gagal mematuhi tuntutan itu menjelang 8 Ogos ini, satu tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau.

“Pada masa sama, Vincent dan Berjaya Land turut membuat laporan polis terhadap Sanusi dan beberapa individu termasuk Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin (lebih dikenali sebagai Chegubard) dan Raja Petra Kamarudin atas kenyataan berunsur fitnah berkait projek SMG,” kata kenyataan itu. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sanusi dituntut bayar ganti rugi RM200 juta oleh Vincent Tan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker