PAS P Pinang suruh Lau guna jentera sendiri
PAS P Pinang suruh Lau guna jentera sendiri
PAS Pulau Pinang meminta Presiden Gerakan, Dominic Lau menggunakan jentera sendiri untuk berkempen di DUN Bayan Lepas.
Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, tidak timbul isu PAS memboikot Lau, sebaliknya mereka tidak mempunyai ahli mencukupi untuk membantu calon Perikatan Nasional (PN) itu.
“Kita pun tidak cukup (jentera), malah jentera kita sebenarnya ada kawasan yang kena bantu juga, jadi siapa yang bertanding, dia kena ketuai jentera di situ dan bawa jentera masing-masing,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Fauzi berkata, PAS Pulau Pinang akan menjernihkan hubungan bersama Lau dengan menerangkan isu itu kepada akar umbi.
“Murnikan keadaan itu macam kita akan bertemu dengan semua ahli, masyarakat akan pastikan semua benda dengan baik. Kita tengok cara macam mana akan bincang, tengok apa yang sesuai dengan keadaan dan apa yang PAS Pusat arahkan.”
Selasa lalu, Lau diminta meninggalkan ceramah PN di Sungai Dua kerana hadir tanpa diundang.
Lau, yang pencalonannya di Bayan Lepas dikatakan mengecewakan akar umbi PAS di kerusi majoriti Melayu itu, cuba tidak memperbesarkan insiden itu dengan mendakwa ia “tidak benar” pada mulanya.
Tetapi, rakaman video Malaysiakini menunjukkan Lau dihalang seorang pemimpin PAS Pulau Pinang daripada mengikuti Naib Presidennya, Idris Ahmad ke atas pentas. Pemimpin PAS itu didengar memberitahu Lau: “Tak boleh (ikut). You go away.”
Semalam, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memohon maaf kepada Lau dan berkata kehadiran presiden Gerakan itu perlu “dihargai sebagai tetamu”. FMT
PAS P Pinang suruh Lau guna jentera sendiri
Baca Artikel Menarik:
- Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi hero
- Uncle Cina hafal Surah Yasin sebagai amalan untuk sihat (Video)
- Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok
- Siang Rosland ceraikan isteri pertama, malam Miera Leyana keluar ‘Dinner’ satu keluarga
- Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat
- Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?
- Dah dua kali PAS minta maaf, jangan samapai kali ketiga
- Wakil rakyat PAN antara ditahan menagih syabu
- Amaran PAS untuk PAS
- Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
- Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang
- Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
- Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
- Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan
Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen
“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan