Terbuka Australia: Aaron-Wooi Yik melangkah ke suku akhir

BEREGU lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak kecemerlangan apabila melangkah ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Australia 2023 pada Khamis.

Kejohanan yang berlangsung di gelanggang Quaycentre itu, menyaksikan bekas juara dunia berkenaan mengambil masa 34 minit sahaja untuk menyingkirkan beregu Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming-Tse, 21-19, 21-14, pada aksi pusingan kedua.

Di saingan suku akhir esok, Aaron-Wooi Yik yang berada di kedudukan keempat dunia akan membuat perhitungan dengan satu lagi gandingan Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han, yang berjaya menumpaskan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-10, 21-13 hari ini.



Aaron-Wooi Yik turut mara ke pusingan suku akhir di Terbuka Jepun akhir Julai lalu, namun disingkirkan gandingan Jepun Takura Hoki-Yugo Kobayashi 21-10, 15-21, 16-21.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzudin, gagal mengekalkan momentum apabila tewas di tangan beregu Korea Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 16-21, 21-23. – Bernama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland



Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker