‘Saya rakam sendiri pontianak itu, untuk apa menipu’

Johor Bahru: “Niat saya cuma nak berkongsi pengalaman dan beri peringatan kepada orang di luar sana supaya jangan terlalu takut atau taksub,” kata polis bantuan dikenali Ikhmal.

Ikhmal, 29, menarik perhatian di TikTok baru-baru ini selepas berkongsi video kelibat dipercayai pontianak dan turut kedengaran suara menakutkan makhluk berkenaan.

Perkongsian video itu meraih lebih 3.6 juta tontonan dengan segelintir warganet percaya tetapi ada juga meraguinya.

Berkongsi kisah sebenar, Ikhmal berkata, video kelibat pontianak itu adalah sahih dan dirakamnya sendiri menggunakan telefon bimbit.

Menurut Ikhmal, dia ‘terserempak’ dengan makhluk itu ketika membuat rondaan bersama rakan setugas.

“Insiden itu berlaku kira-kira 2 pagi dan kebetulan, saya dan rakan sedang membuat rondaan di sekitar kawasan berkenaan.

“Ketika membuat rondaan itu, kami terdengar bunyi dan nampak seperti ada orang masuk ke dalam kawasan semak.

“Memandangkan ia kawasan larangan yang tidak boleh diceroboh maka kami yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) peronda terus bergegas ke kawasan berkenaan untuk membuat rondaan dan pemeriksaan.

“Alangkah terkejutnya kami apabila nampak pontianak di kawasan itu namun saya sempat capai telefon bimbit dan rakam video penampakan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

 

PERKONGSIAN rakaman video memaparkan kelibat pontianak di TikTok Ikhmal. FOTO Ihsan Ikhmal
PERKONGSIAN rakaman video memaparkan kelibat pontianak di TikTok Ikhmal. FOTO Ihsan Ikhmal

 

Ikhmal berkata, video itu kemudiannya dimuat naik di TikTok untuk disimpan sebagai kenangan selain berkongsi pengalaman dilaluinya ketika bertugas.

Dalam tempoh singkat, videonya itu mendapat perhatian hingga meraih banyak tontonan dan tular di laman sosial.

“Ada yang percaya dan kongsi pengalaman seram mereka di ruangan komen. Bagaimanapun, ada juga kata saya cuba menipu dan muat naik video berkenaan untuk tujuan content (bahan kandungan perkongsian semata-mata).

“Terpulang kepada yang menonton percaya atau sebaliknya kerana itu hak masing-masing dan untuk apa menipu kerana saya sendiri melaluinya,” katanya.

Menurut Ikhmal, sudah lapan tahun dia mencari rezeki sebagai polis bantuan dan banyak pengalaman dilaluinya sepanjang tempoh itu termasuk yang menyeramkan.

Bagaimanapun, Ikhmal mengakui pertama kali melihat sendiri kelibat pontianak di depan matanya sendiri tempoh hari.

“Bunyi gangguan itu biasa terutama ketika bertugas pada waktu malam dan awal pagi malah orang lama juga pernah cerita pengalaman mereka terjumpa makhluk berkenaan.

“Lagipun, kawasan itu pun asalnya ladang kelapa sawit yang kemudiannya dibangunkan cuma mereka (orang lama) sekadar nampak tetapi tak rakam.

“Rezeki saya pula apabila tergerak hati nak rakam apa dilihat pada waktu itu dan mujurlah terkejut saja, tidak sampai demam selepas melihatnya.

“Nak kata percaya (alam ghaib) memang iya kerana dalam al-Quran juga ada disebutkan mengenainya cuma nawaitu (niat) saya nak kerja cari duit jadi enggan terlalu takut memandangkan kita semua makhluk Allah dan berkongsi hidup di dunia ini,” katanya.

Ikhmal berharap, perkongsiannya itu diambil daripada sudut positif kerana bukan niatnya untuk menakutkan sesiapa.

“Diharap apa dikongsikan itu tidak mematahkan semangat sesiapa terutama adik-adik yang berminat ceburi bidang ini (keselamatan).

“Anggap saja ia lumrah dan salah satu cabaran dalam tugas kerana lama kelamaan kita akan lali dengannya,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker