Ahli UMNO diingatkan kerjasama perlu, terimalah hakikat – Khaled

Ahli UMNO diingatkan kerjasama perlu, terimalah hakikat – Khaled

Rakyat khususnya penyokong Umno perlu belajar menerima hakikat perlunya kerjasama dengan gabungan lain kerana hakikat politik kini tidak memungkinkan sesebuah parti menjadi kerajaan secara tunggal.

Naib Presidennya Khaled Nordin berkata pada PRU15 tiada satu gabungan tidak dapat membentuk pentadbiran sebelum pembentukan kerajaan perpaduan gabungan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan parti dari Sabah serta Sarawak.

“Itulah yang akan berlaku selepas ini. Maknanya kita kena belajar bekerjasama dengan mana-mana parti lain kalau hendak ada kedudukan, kuasa dan jadi kerajaan.

“Perikatan Nasional (PN) pun kena belajar kerjasama dengan Umno, ingat dia suka ke kita? Kena belajar.

“Apatah lagi ini zaman memang kita tak boleh bergerak silo. Zaman ini, kita perlu ada kerjasama dan ia menjalar kepada keadaan berpolitik,” katanya pada satu majlis di Shah Alam malam tadi menurut Utusan Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Kota Tinggi itu, sepanjang bekerjasama dengan DAP, parti itu tidak pernah memaksa Umno menggugurkan agenda dan perjuangannya sebagai parti mewakili Melayu.

“Ada DAP suruh gugurkan perjuangan kita? Ada pernah dengar? Ya betul, di Wilayah Persekutuan dia buat usul hendak tubuh pilihan raya peringkat kerajaan tempatan.

“Tetapi sesiapa pun boleh buat usul, Umno pun boleh yang lain, tak ada masalah,” katanya. FMT

Ahli UMNO diingatkan kerjasama perlu, terimalah hakikat – Khaled

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker