Trofi Bell Ngasri kemek, hati remuk melihatnya

Trofi Bell Ngasri kemek, hati remuk melihatnya

Pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri, 43, berkongsi insiden yang menyebabkan trofi anugerah utama yang dimenanginya kemek selepas tiga hari menjadi miliknya.

Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri berkata, kejadian berlaku selepas trofi piuter seberat satu kilogram (kg) itu terjatuh atas jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke konti radio Hot FM untuk menghadiri sesi temu bual sempena kemenangannya itu,



“Selepas diumumkan sebagai pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 35, saya dikehendaki datang ke stesen radio Hot FM untuk sesi temu bual. Saya diminta datang ke konti pada jam 7.30 pagi, tetapi disebabkan terlewat, saya sampai sekitar jam 8.15 pagi.

“Memandangkan sudah terlambat, saya menunggang motosikal dalam keadaan ‘menggelupur’ kerana mahu cepat sampai. Telefon bimbit pula berdering-dering.

“Dalam keadaan kelam kabut itulah beg plastik yang saya letak trofi koyak dan jatuh atas jalan raya.

“Bukan sahaja trofi, hati saya juga calar dan remuk selepas melihat trofi kesayangan bengkok. Saya sebenarnya tak tahu pun yang trofi ini sepatutnya dibungkus dan disimpan di dalam kotak, sebelum dibawa ke sana sini seperti dilakukan pemenang terdahulu.



“Inilah pengalaman pertama saya,” katanya pada sidang media selepas menerima kereta jenis Mini Cooper Clubman S sumbangan pengedar kenderaan import milik Bumiputera, DTC Motors Sdn Bhd kepada Bell di premis syarikat berkenaan di Jalan Ampang, semalam.

Kereta bernilai kira-kira RM200,000 itu diserahkan kepada Bell oleh penyampai Hot FM, Khairy Jamalauddin atau KJ dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), DTC Motors, Afendy Wahid.

Tambah pelakon yang terkenal dengan watak Barkoba ini, dia ada menerima tawaran pelbagai pihak untuk membantunya membaiki kerosakan pada trofinya itu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak berani menerima pelawaan disebabkan bimbang trofi kesayangannya itu hilang.



“Ramai secara sukarela nak bantu saya untuk membaiki trofi, tetapi saya tak berani nak hantar sebab takut trofi lesap dibawa lari.

“Sudahlah nak dapatkannya payah, makan berpuluh tahun lamanya,” ujar Bell berterus terang.

Terdahulu, Bell turut berkongsi mengenai ‘kecacatan’ yang berlaku pada trofi menerusi hantaran berbentuk video dalam Instagram (IG) apabila penyampai segmen Bekpes Hot, Fara Fauzana mempersoalkan bagaimana trofi boleh kemek ketika sesi temu bual berlangsung.

Selain entri itu, pelakon filem Kaki Bakar itu turut mencuri perhatian netizen apabila memuat naik foto yang memaparkannya membawa dua trofi kemenangan tidur bersamanya, sebelum trofi itu kemek.



“Nasib ada gambar sebelum bengkok. Upload (muat naik) je lewat, Tidurlah arjuna beta. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Semalam, penganjur ABPBH 35 memaklumkan artis serba boleh itu memperoleh 12,654,855 juta undi, iaitu keputusan pemilihan tertinggi yang melayakkan dirinya diangkat Bintang Paling Popular seperti yang diumumkan pada malam kemuncak di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 Julai lalu. BH

Trofi Bell Ngasri kemek, hati remuk melihatnya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker