Siling pasar raya runtuh di Bandar Mahkota Cheras

Siling pasar raya runtuh di Bandar Mahkota Cheras

Cheras: Siling sebuah pasar raya di Bandar Mahkota Cheras, di sini, runtuh, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn Zafiruddin Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 12.37 tengah hari tadi.



“Seramai enam anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan siling kapur terbabit jatuh pada anggaran ketinggian 21.3 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zafiruddin berkata, siling itu terjatuh di ruang tengah pasar raya tiga tingkat berkenaan.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu. Pihak bomba melakukan turut melakukan pemantauan di lokasi kejadian.



“Kes itu kemudian diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerusi Bahagian Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran untuk penilaian risiko,” katanya. HM

Siling pasar raya runtuh di Bandar Mahkota Cheras

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)

Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’



Jakun dapat basikal – TMJ (Video)

Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker