Madanon, kunyit, hari-hari Anwar tipu – Hamzah

Madanon, kunyit, hari-hari Anwar tipu – Hamzah

Pelbagai gelaran diberikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim melambangkan ‘keseksaan’ rakyat, kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

“Realiti ialah rakyat terseksa. Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, macam-macam nama-nama telah diberikan oleh rakyat kepada PM, bukan oleh ketua pembangkang.



“Saya nampak dalam media sosial, macam-macam, Madanon, macam-macam non. Kunyit pun ada,” katanya yang juga setiausaha agung Perikatan Nasional (PN).

Berucap dalam perhimpunan jentera PN, di Sungai Panjang, Selangor, Hamzah juga mendakwa Anwar sering menipu dan perkara itu kini menjadi kebiasaan.

“Hari ini dia tipu, lusa dia tipu, hari-hari dia tipu.

“Pasal kenapa dia hari-hari tipu? Kerana itu makanan seperti vitamin kepada dia. Kalau dia tak tipu, dia demam, dia sakit.



“Ini masalah yang kita ada hari ini, macam-macam nama diberi. Sebab itu bila seorang pemimpin dikata macam-macam, susah kita.

“Sebab itu, tiada pilihan lain lagi, untuk masa depan anak cucu kita, kita kena benar-benar kerja kuat,” katanya.

Dia bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut dakwaan penipuan itu. Mk

Madanon, kunyit, hari-hari Anwar tipu – Hamzah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)



Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)



Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker