Lelaki tidak terima gaji curi mi segera
Kisah seorang lelaki yang dipenjara kerana mencuri sebungkus mi segera dari sebuah kedai di wilayah Jawa Timur menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai GF, 25, membuat keputusan untuk mencuri di sebuah pasar mini pada 23 Mei lalu selepas tidak menerima gaji daripada pemilik kedai telefon bimbit tempat dia bekerja.
Bukan hanya sebungkus mi segera, GF turut mengambil dua botol teh, sebungkus biskut dan sebungkus coklat.
Kes GF mencetuskan perbincangan orang awam selepas surat permohonan maaf yang ditulisnya kepada Ketua Polis Negara, Listyo Sigit Prabowo tular di laman Twitter.
Ketua Polis Gunung Anyar berkata, alasan GF ditahan adalah kerana dia sudah dewasa selain pernah melakukan tindakan serupa sebelum ini.
Walaupun pihak polis sudah melakukan rundingan untuk membayar pampasan bagi barang yang dicuri GF, pemiliknya masih mahu suspek dihukum
Setelah ditahan selama 60 hari, dia akhirnya dibebaskan. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun
You must be logged in to post a comment.