Tentera maut trak dilanggar kereta

Tentera maut trak dilanggar kereta

Seorang anggota tentera maut selepas trak dinaikinya dirempuh sebuah kereta terbabas di KM42.1 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Difahamkan, trak itu berada di barisan kedua bersama beberapa kenderaan tentera lain dalam konvoi dari Kem Rasah, Seremban ke Subang.



Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kejadian berlaku kira-kira 5.20 petang Selasa membabitkan konvoi trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Nissan Almera.

“Siasatan mendapati kereta tersebut dipandu di lorong tengah hilang kawalan akibat tayar pecah lalu melanggar sebuah trak tentera.

“Trak tentera itu kemudiannya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan dan terbalik di laluan bertentangan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, empat anggota tentera turut cedera dalam kemalangan itu, manakala pemandu Nissan Almera bersama tiga penumpangnya tidak cedera.



“Semua mangsa berumur 20 hingga 30-an itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mendapatkan rawatan.”

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca kemalangan. FMT

Tentera maut trak dilanggar kereta

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil



Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker