“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

PELAKON Azhar Sulaiman berpendapat perbicaraan kes membabitkan pendakwah selebriti, PU Azman dikendalikan secara tertutup.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Azhar berkata ia perlu dilakukan demi menjaga nama baik agama Islam.

“Semalam Behar dah baca pasal Perbicaraan Hari Pertama Kes PU Azman ni.

“Disebabkan kes ini sangat ‘juicy’ kandungannya, maka adalah lebih baik kes ini dikendali secara tertutup… Demi menjaga nama baik agama Islam,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut sependapat dengan Azhar dan berharap ia tidak didedahkan untuk bacaan orang awam.

PU Azman dihadapkan kali pertama ke mahkamah pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Kemudian dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, dekat sini, pada 6 Julai 2022.

Setakat ini, seramai 26 saksi dipercayai akan dipanggil sepanjang perbicaraan kes tersebut sehingga 28 Julai ini. Utv

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan

Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker