Wanita mati jatuh tebing ketika rai hari pertunangan

Seorang wanita meninggal dunia selepas tergelincir dan jatuh dari sebuah tebing setinggi 32 meter ketika meraikan hari pertunangannya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Yesim Demir, 39, sedang bercuti bersama tunangnya, Nizamettin Gursu di Polente Cape dekat bandar Canakkale, wilayah Marmara apabila kemalangan tragis itu berlaku.

Gursu baru sahaja melamar Demir dan mereka pergi ke tebing itu meraikan hari gembira  tersebut dengan berkelah sambil melihat matahari terbenam pada 6 Julai lalu.

Apabila Gursu pergi ke kereta untuk mendapatkan bekalan perkelahan, dia tiba-tiba terdengar jeritan.

Selepas bergegas ke lokasi itu, dia melihat Demir jatuh dari tebing tersebut.

Mangsa meninggal dunia ketika cuba diselamatkan oleh petugas perubatan akibat kecederaannya tidak lama kemudian.

Pihak berkuasa segera menutup kawasan itu sementara siasatan dijalankan.

Lokasi itu dibuka semula kepada orang awam pada 15 Julai lalu. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker