Pelajar dapat pampasan RM50,000 selepas guru ‘ponteng’ kelas
Pelajar dapat pampasan RM50,000 selepas guru ‘ponteng’ kelas
Kota Kinabalu: Tiga bekas pelajar masing-masing menerima pampasan RM50,000 selepas berjaya dalam saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka yang ‘ponteng’ kelas selama tujuh bulan pada 2017.
Hakim Mahkamah Tinggi Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif iaitu tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi, Kota Belud, Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung, kesemuanya 22 tahun berjaya membuktikan kes mereka berdasarkan imbangan kebarangkalian.
Ketiga-tiga plaintif menamakan Mohd Jainal Jamran (guru Bahasa Inggeris di SMK Taun Gusi), mantan pengetua sekolah itu, Suid Hanapi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ke tujuh.
Dalam keputusan setebal 74 muka surat melalui dokumen yang diperoleh media hari ini, mahkamah memutuskan tuntutan semua plaintif dibenarkan.
“Defendan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima telah melanggar kewajipan berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan gagal menyediakan ketiga-tiga plaintif untuk peperiksaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996;
“Defendan kedua melanggar kewajipannya di bawah Peraturan 3C, 25, 26 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;
“Lima defendan tersebut sudah melanggar hak perlembagaan ketiga-tiga plaintif untuk mendapat pendidikan yang dijamin kepada plaintif di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Oleh itu katanya, mahkamah menganugerahkan RM50,000 kepada setiap tiga pelajar terbabit dan ia akan ditanggung secara bersama dan berasingan oleh semua defendan.
“Defendan perlu membayar ganti rugi am berjumlah RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM20,000 kepada setiap plaintif,” katanya.
Dalam penghakimannya, Hakim Leonard antara lain memutuskan semua defendan telah melanggar hak perlembagaan plaintif di bawah Perkara 5 yang dibacakan bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.
“Mahkamah mendapati bahawa adalah hak perlembagaan pendidikan plaintif untuk diberikan guru yang menghadiri kelas untuk mengajar dan menyediakan mereka (plaintif) untuk peperiksaan bahasa Inggeris yang dilanggar oleh defendan.
“Mahkamah juga mendapati bahawa semua lima defendan tidak mengambil sebarang langkah yang munasabah untuk melindungi hak plaintif.
“Bukti menunjukkan bahawa tarikh defendan pertama tidak hadir ke sekolah adalah sama dengan rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS)
“Tiada keterangan yang menunjukkan defendan pertama sedang bercuti atau terbabit dalam aktiviti sekolah lain dalam tempoh lama dia tidak hadir,” putus beliau.
Ketiga-tiga pelajar itu membawa bekas guru mereka dan empat yang lain ke mahkamah kerana melanggar hak perlembagaan mereka untuk mengakses pendidikan ketika berada di Tingkatan Empat Sains Sukan (4SS) di sekolah itu enam tahun lalu.
Mereka memfailkan saman itu pada 7 Disember 2020.
Plaintif memanggil 10 saksi dan perbicaraan bermula 5 September 2022 dan selesai pada Januari tahun ini.
Ketiga-tiga mereka diwakili peguam Sherzali Herza Asli.
Peguam kanan persekutuan Mohd Hafizi Abd Halim dan peguam persekutuan Fazrul Fardiansyah Abdul Kadir bertindak bagi defendan. HM
Pelajar dapat pampasan RM50,000 selepas guru ‘ponteng’ kelas
Baca Artikel Menarik:
- Penyaluran pertama RM990j lupus hutang FELDA dibuat Selasa lalu – MoF
- Mahkamah Agung Indonesia larang daftar kahwin pasangan berbeza agama
- Kes bunuh Syed Danial, Wei Liang diperintah bela diri
- Hati masih berdarah – Ibu Syamsul
- Qunut Nazilah untuk berdepan bala, bukan pertuduhan individu di mahkamah – Mufti
- Anak patung menangis siang malam – Sheila Mambo
- Muhyiddin perlu minta maaf jika saya kemuka bukti – Anwar
- Hadaplah kifarah Muhyiddin – Isham
- Tujuh kegagalan Pas yang nyata – Faiz Fadzil Noor
- Upah penjenayah rompak isteri sendiri
- Caprice ‘sekolahkan’ Qistina Raisah
- MBI Kedah tahu berlaku kecurian REE di kompartmen Bukit Enggang
- Pelajar sekolah jumpa kondom dalam makanan
- Aksi payung terjun gagal, tentera parah terjunam ke tanah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adakah Hamzah mahu menyatakan bahawa Istana Selangor mempolitikan Sanusi?
Pelajar Universiti Jadi Ketagih Jual Gambar Bogel Kerana Bayaran Lumayan (Video)
You must be logged in to post a comment.