Ibu bapa Rayyan Farhan dicari, ditinggalkan sejak usia 12 hari

Ibu bapa Rayyan Farhan dicari, ditinggalkan sejak usia 12 hari

Helah pasangan suami isteri mahu ke klinik dan meninggalkan bayi lelaki dengan seorang jiran di Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak, 11 tahun lalu mengakibatkan kanak-kanak itu berdepan masalah dokumentasi, sekali gus sukar memperoleh pendidikan formal.

Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sepang, Siti Fairuz Dul Wahab, berkata Rayyan Farhan, 11, ditinggalkan ibu bapanya dengan seorang jiran, Sarihah Marhusin ketika berusia 12 hari.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati ibu bapa kanak-kanak itu baru berpindah seminggu ke kawasan itu dan memberi alasan untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan isterinya dan meninggalkan bayi malang itu tanpa sebarang dokumen.

Katanya, ibu angkat kanak-kanak itu memaklumkan bapa kanak-kanak itu bekerja sebagai tukang rumah dan kurang pasti sama ada warga asing atau tempatan.

“JKM memohon bantuan orang ramai untuk mengesan ibu bapa Rayyan Farhan bagi tujuan hak penjagaan, dokumentasi dan persekolahan,” katanya.

Siti Fairuz berkata, sejak ditinggalkan, ibu bapa Rayyan Farhan tidak pernah muncul untuk mencari anaknya dan masih tinggal dengan Sarihah sehingga hari ini.

Katanya, waris kanak-kanak diminta tampil bagi memudahkan pihaknya membuat permohonan hak penjagaan di mahkamah dan proses seterusnya bagi masa depan Rayyan Farhan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi JKM Sepang di talian 03-87061026,”katanya. BH

Ibu bapa Rayyan Farhan dicari, ditinggalkan sejak usia 12 hari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker