Bergaduh dalam lif hilang tiga batang gigi, warga emas hilang 3 batang gigi

.

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 71 tahun hilang tiga batang gigi selepas bergaduh di dalam sebuah lif pusat beli-belah Tampines di Singapura, lapor laman berita Mothership

Menurut anak perempuannya, kejadian berlaku ketika dia bersama ibu bapanya, seorang rakan serta seorang anak perempuan berusia 17 tahun menaiki lif untuk turun dari Aras 4 ke tempat letak kereta di Basement 2.

Apabila lif berhenti di Aras 3, sepasang suami isteri masuk bersama dua kanak-kanak kecil dan seorang bayi di dalam kereta sorong. Kereta sorong itu secara tidak sengaja bergerak ke arah kaki warga emas itu.



Warga emas itu meminta mereka mengalihkannya namun, permintaan itu menimbulkan kemarahan ibu bayi tersebut. Dia berkata: “Jika tidak puas hati, gunakan eskalator.”

Anak perempuan warga emas itu berkata ‘lif ini bukan milik kamu’. Dua wanita itu terus bertengkar sebelum warga emas itu mengangkat tangan untuk cuba menghentikanya.

Bagaimanapun, tindakan itu disalah tafsir si bapa sebagai percubaan untuk mencederakan bayinya. Dia didakwa memukul warga emas itu berkali-kali.

Selepas lif itu turun ke Aras 1, pengunjung pusat beli-belah cuba meleraikan pergaduhan. Warga emas itu mengalami lebam di pergelangan tangannya, manakala tiga batang giginya yang bergoyang akibat diserang terpaksa dicabut.



Seorang pemilik kedai berkata, bayi itu menangis dengan kuat ketika kejadian dan dahinya berdarah. Pasukan paramedik telah menghentikan pendarahan dan membawa bayi itu ke hospital.

Bapa bayi itu memberitahu, keluarga warga emas itu kurang senang apabila mereka masuk ke dalam lif bersama kereta sorong bayi. Ini mencetuskan pertengkaran di mana empat wanita memukul isterinya.

Selepas itu, warga emas tersebut didakwa menterbalikkan kereta sorong, menyebabkan bayinya yang berusia setahun cedera di dahi dalam proses itu. Polis kini menyiasat kes itu. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker