Patah leher sahut cabaran TikTok
Patah leher sahut cabaran TikTok
ALABAMA: Sekurang-kurangnya empat maut di Alabama, Amerika Syarikat (AS) selepas menyertai cabaran TikTok yang memerlukan mereka melompat dari belakang bot sedang bergerak laju dalam tempoh enam bulan lalu.
Pegawai negeri berkata, keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan patah leher.
Cabaran TikTok itu memerlukan seseorang melompat dari belakang bot berkelajuan tinggi.
Ada yang melompat membelakangi laut atau tasik, manakala yang lain melakukan larian ke belakang.
“Dalam enam bulan lalu, kami menerima laporan empat lemas yang mana insiden itu sepatutnya boleh dielakkan.
“Mereka melakukan cabaran TikTok. Hasil siasatan, empat mereka itu melompat keluar dari bot dan mengalami patah leher dan mengakibatkan kematian serta-merta,” kata Kapten Jim Dennis, dari Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama, memberitahu WPDE-TV.
Katanya, beliau berpendapat apabila seseorang itu dirakam di kamera, mereka cenderung melakukan perkara bodoh kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada rakan mereka di media sosial.
Kapten Dennis berkata, insiden sebelum ini berlaku pada Februari. Lelaki yang meninggal dunia itu berusia pertengahan umur dan mempunyai isteri dan tiga anak bersamanya dan perbuatannya dirakamkan isterinya ketika dia meluncurkan dirinya dari belakang bot.
WPDE-TV melaporkan insiden terbaharu berlaku pada Mei lalu, dengan membabitkan seorang lelaki pertengahan umur.
Menurut laporan, dua lagi yang meninggal dunia ketika melakukan cabaran TikTok juga adalah lelaki.
Terdapat cabaran TikTok lain yang meragut nyawa sebelum ini.
Pada Mei lalu, seorang gadis berusia 16 tahun di Perancis maut kerana mencuba ‘permainan selendang’ yang tular iaitu variasi ‘cabaran blackout’ TikTok yang sebelumnya sudah meragut beberapa nyawa.
Trend berbahaya itu dilakukan dengan mengikat kain di leher sehingga sesak nafas dan pengsan kerana didakwa pengaruh internet.
Malangnya, eksploitasi ‘cabaran blackout’ itu boleh menyekat aliran oksigen ke otak, menyebabkan sawan, kecederaan serius dan juga kematian.
Dua remaja pula meninggal dunia selepas menyertai ‘cabaran Benadryl’.
Orang ramai, biasanya kanak-kanak, menelan berbilang tablet antihistamin untuk mendorong halusinasi sebelum menyiarkan video pengalaman mereka. BH
Patah leher sahut cabaran TikTok
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib