Teman lelaki diam kekasih bertanya bau wangi di perkuburan

Teman lelaki diam kekasih bertanya bau wangi di perkuburan
Gambar menunjukkan tanah perkuburan Bukit Brown. – MS News

SINGAPURA – Seorang wanita tular selepas berkongsi pengalaman terhidu bau wangi semasa menunggang basikal bersama kekasihnya ketika itu di sebuah tanah perkuburan pada waktu malam di Singapura, lapor portal berita Must Share News.

Detik menyeramkan itu dikongsi di platform TikTok oleh akaun @bevahleee, baru-baru ini.

Wanita itu berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang tidak mempercayai perkara mistik.

“Semasa melalui tanah perkuburan Bukit Brown, saya terhidu bau yang sangat wangi. Saya bertanya kepada kekasih saya tetapi dia hanya mendiamkan diri.

“Saya menanyakan soalan sama berulang kali sama ada dia terhidu bau wangi seperti bunga, namun dia kekal diam dan mengayuh basikal dengan laju.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sollehin Hulur Bantuan, Ringankan Beban Keluarga Mangsa Kebakaran

“Saya sangat marah,” katanya sambil menambah, dia tertanya-tanya mengapa kekasihnya bertindak sedemikian.

Selepas pasangan itu keluar dari Bukit Brown, teman lelaki wanita berkenaan menjelaskan mengapa dia enggan menjawab pertanyaannya.

Seorang pengguna media sosial menyatakan, orang ramai harus menahan diri daripada menyebut tentang bau aneh kerana situasi sedemikian boleh menyebabkan makhluk halus mengikut kita pulang ke rumah. – AGENSI


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Sampai Istilah ‘Sakau’ Berbalik Kepada Diri Sendiri – Saiful Yazan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker