Ucapan perkauman, polis siasat Guan Eng bawah Akta Hasutan

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu berkait 3R atau religion (agama), royalty (raja), dan race (kaum).

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/Perancangan Strategik) Bukit Aman, S Suresh Kumar berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia

Polis dalam kenyataannya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. “Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.”



Semalam, Lim menolak dakwaan beliau menyentuh isu berkait 3R atau religion (agama), royalty (raja), dan race (kaum) dalam ucapannya pada satu program di Jelutong, Pulau Pinang, kelmarin.

Lim yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang berkata ucapannya telah diputar belit seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau Cina, sedangkan beliau merujuk kepada kes perobohan kuil di Kedah pada Julai 2020.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataan hari ini berkata sayap gabungan itu dikerah membuat laporan polis terhadap Lim.

Lim sebaliknya mencabar Fadhli sendiri untuk membuat laporan polis terhadapnya, mengatakan beliau tidak patut membiarkan anak-anak buahnya menghadapi kemungkinan melakukan jenayah dengan membuat laporan polis palsu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker