Anwar mahu pengkhianat ‘diterajang’ keluar dari Selangor

Pemimpin kedua-dua parti gabungan kerajaan perpaduan bertekad untuk menolak ‘pengkhianat’ termasuk menamatkan karier politik mereka khususnya pada pilihan raya negeri (PRN) di Selangor, Ogos depan.

Ikrar tersebut disuarakan ketika majlis pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH) dan BN peringkat negeri Selangor malam tadi.

Meskipun tidak menamakan pemimpin terbabit, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dipercayai merujuk kepada bekas menteri besar Selangor Azmin Ali dan bekas pengerusi BN Selangor, Noh Omar.



“Yang khianat kita terajang keluar, saya nak bagitahu kalau ada muka pengkhianat terajang dengan laju-laju.

“Dalam PRN Selangor pastikan pengkhianat ini dimatikan politiknya, diroboh rumahnya, dikaut tanah dan dicampak kelaut, ini baru erti budaya Melayu,” katanya dengan disambut sorokan kedua-dua penyokong parti.

Majlis pelancaran jentera pilihan raya itu turut dihadiri Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menteri besar sementara Selangor, Amirudin Shari dan Pengerusi Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omardin serta barisan menteri kabinet kerajaan perpaduan.

Buka buku baru



Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berterima kasih kepada PH kerana memberi peluang untuk BN bertanding di Selangor.

Dalam ucapannya Ahmad Zahid berkata jentera BN berazam akan memastikan kemenangan gabungan kerajaan perpaduan untuk terus mentadbir Selangor.

Katanya, meskipun dia dan Anwar pernah menjadi seteru politik suatu ketika dahulu, namun kedua-dua gabungan yang dpimpin mereka kini telah membuka lembaran baru.

“Ya, kami pernah menjadi musuh. Apa yang Anwar tak kata pada saya, dan apa yang saya tak kata pada Anwar. Itu cerita lama. Kita tinggalkannya dan buka buku baru.



“Pada 29 Julai, kita akan mencalonkan calon kita. Saya ingin berterima kasih kepada Anwar dan PH kerana beri peluang kepada BN di Selangor,” katanya yang yakin BN akan menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor selepas PRN pada 12 Ogos depan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga memuji pencapaian menteri besar sementara Selangor, Amirudin Shari yang disifatkan sebagai pemimpin muda berkebolehan dan adil kepada semua kaum.

“Kita perlu kekalkan pentadbiran di bawah Amirudin, beliau telah membantu memajukan Selangor,” katanya.

Sementara itu Zahid juga berterima kasih kepada MCA dan MIC yang kekal menyokong kerajaan perpaduan walaupun memutuskan tidak bertanding pada PRN kali ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik



Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar



Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker