Semua sekolah agama rakyat dibantu, mana yang kita anti-Islam?

Semua sekolah agama rakyat dibantu, mana yang kita anti-Islam?

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan yang ditadbirnya bukan anti-Islam seperti yang didakwa beberapa pihak.

Malah, katanya, peruntukan untuk agama Islam adalah lebih tinggi berbanding dahulu.



“.. bantuan untuk sekolah agama rakyat yang dahulu dibatalkan, tetapi saya memilih berbeza, kita akan bantu semua sekolah agama rakyat.

“Di mana yang kata kita anti-Islam?” dia dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama hari ini.

Dia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada penjawat awam Negeri Sembilan di Seremban.

Ia turut dihadiri oleh Menteri Besar Aminuddin Harun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.



Laporan Bernama tidak menyebut sama ada Anwar merujuk secara khusus kepada mana-mana pihak yang membuat dakwaan itu. Mk

Semua sekolah agama rakyat dibantu, mana yang kita anti-Islam?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin



Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker