Polis buru 3 lelaki pura-pura beli rokok sebelum ragut rantai emas

Polis buru 3 lelaki pura-pura beli rokok sebelum ragut rantai emas

POLIS kini memburu tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian meragut rantai emas di kawasan perumahan dekat Bukit Kemuning, Shah Alam, 10.29 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, suspek yang dipercayai berbangsa India itu telah datang ke rumah mangsa dengan menaiki dua buah motosikal dan berpura-pura mahu membeli rokok.



Beliau berkata, suspek berusia lingkungan 20 dan 30-an itu telah meminta mangsa yang merupakan seorang lelaki menukar rokok jenis lain sebelum bertindak meragut rantai leher yang dipakai dan melarikan diri.

“Mangsa berusia 67 tahun itu cuba menahan suspek dengan menarik baju, tetapi gagal sehingga mengalami kecederaan pada lengan, lutut dan kaki kerana terjatuh serta diseret suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksan dan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand di talian 03-5520 2222 bagi membantu siasatan. Utv



Polis buru 3 lelaki pura-pura beli rokok sebelum ragut rantai emas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker