Solat sunat yang beroleh ganjaran besar dari Allah S.W.T.
Solat sunat yang beroleh ganjaran besar dari Allah S.W.T.
Di dalam syariat Islam, ibadah telah dibahagikan kepada dua bahagian sama ada ibadah wajib dan ibadah sunat. Ibadah sunat adalah ibadah yang dibuat mendapat pahala manakala jika tidak dilaksanakan, tidak memperoleh apa-apa ganjaran.
Dalam konteks ini, ibadah sunat sebenarnya adalah ibadah yang dinilai dengan sifat ikhlas. Suka dan rela untuk melaksanakannya. Dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas serta mengharapkan ganjaran yang lebih dari Allah S.W.T. sahaja akan melaksanakan ibadah ini. Apatah lagi jika ibadah sunat yang dilakukan dalam waktu yang sukar malah dijadikan pula sebagai amalan lazim.
Dari perspektif yang lain, ibadah sunat adalah medan ujian kepada setiap hamba Nya bagi menilai tahap kecintaan mereka kepada Allah S.W.T. kerana ibadah ini tiada eleman paksaan. Hanya mereka yang benar-benar ikhlas mengharapkan kecintaan dan keredaan Allah serta percaya dengan ganjaran pahala yang dijanjikan akan melaksanakannya.
Berbeza pula dengan ibadah wajib. Suka atau tidak, ia tetap wajib dilaksanakan tanpa ada kompromi.
Ibadah sunat juga merupakan antara rahmat Allah terhadap hamba Nya bagi menambahkan lagi keimanan seorang mukmin. Malah ia juga menjadi kesempurnaan yang menutup ruang-ruang lompong dalam ibadah wajib setiap Muslim.
Di dalam ibadah solat misalnya, terdapat pelbagai solat sunat yang boleh dilaksanakan sesuai dengan tujuan antaranya:
.Solat yang disyariatkan berjamaah seperti solat tarawih, istisqa (minta hujan), kusuf (gerhana) dan solat dua hari raya.
.Solat yang tidak disyariatkan berjamah seperti solat istikharah
.Solat yang mengiringi solat-solat fardu seperti solat sunat rawatib
.Solat yang tidak mengiringi solat-solat fardu seperti solat dhuha
.Solat yang ditentukan waktunya iaitu solat tahajud.
.Solat yang tidak ditentukan waktunya iaitu solat sunat mutlak (solat hajat, taubat atau istikharah)
.Solat yang dikaitkan dengan sebab tertentu seperti solat tahiyyatul masjid, dan solat dua rakaat setelah wuduk.
.Solat yang muakkad seperti solat hari raya, istisqa, atau witir
.Solat yang bukan muakkad seperti solat sebelum maghrib dan sejenisnya.
Inilah sebahagian kurniaan Allah terhadap hamba Nya. Allah mensyariatkan kepada mereka sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepada Nya dan menjadikan ketaatan beraneka ragam bagi mereka agar dapat meninggikan darjat, menghapuskan dosa-dosa serta melipatgandakan kebaikan-kebaikan mereka. Wallahu a’lam. Utv
Solat sunat yang beroleh ganjaran besar dari Allah S.W.T.
Baca Artikel Menarik:
- Fizz Fairuz beli anugerah?
- Khaled bidas kritikan Muhyiddin
- Nasir saman Finas, menteri
- JPJ minta bantuan polis kesan suami Fatin Afeefa
- Yusof Haslam, Raisuddin mentua satu dalam sejuta
- Punca orang Melayu tak sokong Anwar
- Zaki Yamani Lain Yang Buat Hal, Anak Jamal Abdillah Pula Yang Terkena Tempias
- Identiti 7 sekeluarga mangsa kepala air dikenal pasti
- Menara Taming Sari alami kegagalan teknikal, 36 pengunjung hadapi detik cemas!
- Tragedi kepala air di Kampung Air Puteh, 2 maut dan 8 masih hilang
- Anwar sifatkan ‘doa ambil nyawa’ Haji Hadi sebagai biadap, mahu Zaki mohon maaf
- Hanya perlu bayar RM155 untuk ‘menimati’ tubuh kekasih sendiri
- Cubaan rasuah jawatan GLC, BERSIH tibai Muhyiddin
- Penjual, pembeli patung seks kanak-kanak, Menteri mahu polis siasat segera
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput
You must be logged in to post a comment.