BN mohon Mahkamah Rayuan batalkan kemenangan Hadi di Marang

BN mohon Mahkamah Rayuan batalkan kemenangan Hadi di Marang

Barisan Nasional (BN) memohon Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kemenangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kawasan Parlimen Marang semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff berkata calon BN bagi kawasan itu, Jasmira Othman pada 28 Jun lalu telah memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah pilihan raya di Kuala Terengganu sehari sebelum itu.



Pada 27 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Hassan Abdul Ghani telah menolak petisyen pilihan raya daripada Jasmira dan memerintahkan pempetisyen membayar kos RM50,000 kepada Hadi.

Media sebelum ini melaporkan petisyen itu difailkan pada 3 Jan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said dilaporkan berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu melibatkan dakwaan PAS telah merasuah pengundi dengan mengagihkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri – melalui inisiatif i-Pension, i-Belia dan i-Student – antara 15 dan 17 Nov tahun lepas, menjelang PRU15.

Semasa PRU15, Hadi mengekalkan kerusinya dengan majoriti 41,729 undi, menewaskan tiga lagi calon – Jasmira, Azhar Ab Shukur (PH) dan Zarawi Sulong (Pejuang).



Selain Marang, BN juga memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15 untuk kerusi parlimen Kuala Terengganu, Kemaman, Gua Musang, Putrajaya, Masjid Tanah dan Segamat.

BN menang petisyen pilihan raya untuk membatalkan keputusan PRU15 di Kuala Terengganu membabitkan ahli parlimennya, Ahmad Amzad Hashim.

Bagaimanapun, BN tidak berjaya dalam petisyen pilihan raya untuk parlimen Putrajaya. Mk

BN mohon Mahkamah Rayuan batalkan kemenangan Hadi di Marang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabi Adam turun di Gunung Jerai, Saidina Uthman pernah ke Kedah antara dakwaan gila penceramah PAS yang mengelirukan – PM



Inspektor Sheila cari calon suami untuk jumpa ayahnya

Papagomo kalah debat dengan Wan Mahussin?



Pernikahan Shuib-Watie, Jep Sepahtu dedahkan beliau tidak dijemput

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker