Agong prihatin ruang sempit dan sesak di Mina, mahu TH teliti, bincang semula

Isu ruang sempit dan sesak di Mina mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang prihatin dengan kebajikan jemaah haji Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata Seri Paduka menghantar mesej kepadanya supaya melihat mengenai isu ruang sempit khemah di Mina serta hal kebajikan jemaah haji negara.

Justeru, kata Mohd Na’im, dia berbincang dengan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) supaya Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-Jakim) dapat memberikan pandangan untuk diputuskan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan dari segi ijtihad yang baru termasuk berkaitan mabit (bermalam) di Mina.



“Islam adalah agama yang memberi penyelesaian pada setiap masalah yang timbul.

“Kalau isu (ruang) sempit dan kesukaran dialami jemaah, isu mabit di Mina, perkara ini perlu dilihat semula dan dibincangkan secara teliti oleh penasihat-penasihat syariah untuk mencari satu penyelesaian terbaik,” katanya dalam sidang media di Makkah.

Isu ruang sempit dan kesesakan selain masalah kerosakan penyaman udara yang berlaku di khemah penginapan di Mina pada musim haji ini diperkatakan di media sosial dan turut dilapor sebuah portal berita berbahasa Inggeris.

Mohd Na’im berkata terdapat jemaah haji negara lain yang tinggal di luar kawasan Mina tetapi berulang-alik untuk mabit di Mina dalam tempoh ditetapkan syarak.



Katanya sempadan Mina ditetapkan oleh hukum dan tidak berubah dari dahulu walaupun bilangan jemaah haji meningkat setiap tahun seiring peningkatan jumlah rakyat di sesebuah negara.

“Hakikatnya jumlah jemaah haji akan bertambah tetapi keluasan Mina hanya itu, jadi kalau nak pastikan dengan jumlah jemaah haji yang bertambah setiap tahun, memerlukan ijtihad yang baru.

“Tujuannya ialah untuk memastikan keselesaan kerana ia berkait rapat dengan ibadat, kalau (jemaah haji) rasa tak selesa dan nak marah sahaja, nak mengamuk, ia akan mengganggu ibadat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata TH akan mengadakan mesyuarat penutupan dengan pelbagai kementerian dan agensi penyedia perkhidmatan haji di Arab Saudi bagi menilai semula tahap perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan bagi musim haji kali ini sebelum selesai keberangkatan pulang jemaah haji.



Katanya TH juga akan mengadakan mesyuarat pascanilai bagi menilai secara terperinci perjalanan musim haji tahun ini serta ruang untuk penambahbaikan.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perdana Menteri perlu pecat menteri buat kecoh di KLIA – Ketua Pemuda UMNO

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker