Lelaki dipuji edar air percuma ketika jalan sesak [VIDEO]

Seorang lelaki bermurah hati apabila bertindak mengedarkan air minuman percuma kepada orang ramai yang berdepan kesesakan sewaktu pulang ke kampung menyambut Aidiladha di Kelantan.

Video itu tular di TikTok selepas dimuat naik seorang daripada pengguna yang melalui jalan tersebut sekali gus mendapat pujian orang ramai.

“Bagus dia orang ni waktu sesak, tak ada kedai buka raya pertama dia orang edarkan air percuma,” kata Zai Ismail yang memuat naik video itu.



Berikutan itu, ramai yang memuji sikap lelaki tersebut sekali gus mendoakannya kerana sifat pemurah yang ditonjolkan.

“Pemilik tempat cuci kereta Gua Musang tu, dia memang pemurah,” kata Marul yang mengenali lelaki itu.

“Tak perlu kaya pun nak buat pahala dan sedekah,” komen amysyafiqah.

“Semoga mereka semua yang buat kebaikan tu, murah rezeki panjang umur sihat selalu dipermudahkan segala urusan selalu,” doa PAQTAM N.A.B.A. – KOSMO! ONLINE



 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookTwitterInstagramYoutube, & TikTok

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker