Hina Sultan Johor, pengendali Facebook JDT Fans Club dicekup

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fans Club ditahan susulan tindakannya memuat naik hantaran dan berkongsi kenyataan berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Alor Setar, Kedah.

“Susulan penangkapan itu, kita juga merampas satu telefon bimbit dan satu kad sim yang disyaki digunakan untuk memuat naik hantaran terbabit.



“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan juga Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial sehingga boleh mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa dan raja serta menggugat keharmonian negara.



“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” tegasnya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker