Doa Syamsul buat Puteri Sarah

Doa Syamsul buat Puteri Sarah

Pengarah The Original Gangster, Syamsul Yusof, 39, mendoakan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana, 38, bertemu jodoh dengan lelaki baik.

Katanya, dia mahu bekas isteri dan anak-anak mengecapi kebahagiaan dan memulakan hidup baharu.



Namun, katanya, pertalian sebagai bapa dan anak-anak tidak akan terputus sampai bila-bila.

“Walaupun bukan bergelar suami isteri, saya tetap berharap Puteri Sarah bertemu lelaki yang boleh menjaganya dengan baik.

“Saya doakan Puteri Sarah temui kebahagiaan. Saya harap dia bertemu jodoh dengan seseorang yang baik dan boleh membahagiakannya.

“Jika anak-anak ada bapa baharu, saya juga akan terima,” katanya.



Tambah Syamsul, meskipun sudah berpisah, namun itulah bukan pengakhiran hubungannya dengan bekas isteri kerana mereka akan tetap kekal berhubung demi anak-anak.

“Ikatan kami akan kekal demi anak-anak. Apa yang boleh bantu, saya akan tolong kerana dia tetap ibu kepada anak-anak saya,” katanya.

Terdahulu, Syamsul melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas pada jam 12.25 tengahari selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. BH



Doa Syamsul buat Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta



Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik



Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker