MIC pecat Sivarraajh dari CWC
MIC pecat Sivarraajh dari CWC
Bekas Naib Presiden MIC C Sivarraajh dilucutkan sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu berkuatkuasa semalam.
Ketika dihubungi, ahli dewan negara itu mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini.
“Ya, saya telah dilucut sebagai ahli CWC.
“Namun, tiada alasan diberikan,” katanya.
Sivarraajh dilantik sebagai ahli CWC selepas kalah pada pemilihan parti bagi jawatan naib presiden pada 2021.
Malaysiakini sedang menghubungi ibu pejabat MIC untuk mendapatkan komen.
Sivarraajh juga adalah bekas ketua pemuda parti itu menang di kerusi parlimen Cameron Highlands pada PRU14 dengan majoriti 597 undi.
Namun, pada Nov 2018, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan calon BN itu selepas memutuskan berlakunya amalan rasuah.
Susulannya, pada PRU15, Sivarraajh bertanding di kerusi parlimen Padang Serai. Bagaimanapun, pemilihan kerusi itu ditangguh selepas calon PKR, yang juga penyandangnya M Karupaiya meninggal dunia ketika tempoh berkempen.
Susulan, kerjasama antara BN dan PH, Sivarraajh bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH untuk memenangi PRK di kawasan itu, pada 7 Dis 2022.
Pada Mac 2023, dia dilantik sebagai ahli dewan negara.
Sementara itu, satu sumber MIC memberitahu bahawa Sivarraajh dilucut sebagai ahli CWC setelah dia gagal menghadiri program ‘Madani Government: Educational Development and Future of Indians’ di Shah Alam pada Sabtu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Program itu dianjurkan oleh Biro Pendidikan MIC dengan sokongan Mitra (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia).
“Sivarraajh selaku pemimpin MIC dan ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas, tapi tidak hadir ke program itu,” kata sumber itu. Mk
MIC pecat Sivarraajh dari CWC
Baca Artikel Menarik:
- Asal Umno tak menang – Annuar Musa
- Umno hancur jika terima kembali ‘gunting dalam lipatan’ – Ku Li
- Janna Nick Jemput Ustaz Wadi, Netizen Segan Dengan Baju Tak Cukup Kain
- Sijil halal Jakim, 72 peratus milik syarikat bukan Islam
- Perjuangan Melayu Mahathir ‘melencong’ ikut kesesuaian – Ku Li
- DAP akan bantu UMNO habis-habisan – Kor Ming
- Kes pergaduhan di Maran, 9 lelaki akhirnya diberkas polis
- Anwar mahu Pulau Pinang diperintah pemimpin cerdik
- Geng kereta BMW ‘bangang’ akhirnya kena saman, halang laluan Jambatan Kedua
- Presiden MCA lepas jawatan MCA Bahagian setelah 30 tahun
- Nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta sah milik Sultan Johor
- Gaji Messi Amerika jauh ketinggalan dengan Ronaldo di Arab Saudi
- PAS ambil 37 kerusi, Bersatu hanya 8 kerusi di Kelantan
- “Menyanyi tak ke mana, tapi boleh hidup mewah”, Peminat ‘bahasakan’ Ariff Bahran
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami
You must be logged in to post a comment.