BN boleh menang di Terengganu, Kedah – Tok Mat

BN boleh menang di Terengganu, Kedah – Tok Mat

KUALA NERUS: Barisan Nasional (BN) mampu mencipta kejutan untuk menawan kembali Kedah dan Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang jika semua ahlinya bersatu hati dan tidak mengamalkan budaya ‘cah keting’.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata peluang untuk BN kembali bertapak di dua negeri yang boleh dianggap sebagai ‘swing state’ itu juga cerah sekiranya pertelingkahan dalam kalangan ahli tidak berlaku, selain pemilihan calon yang tepat untuk menarik pengundi.



“Kita mahu pastikan supaya BN dapat bertapak semula dan juga kalau boleh macam negeri ‘swing state’ macam di Terengganu dan Kedah itu peluang untuk menang ada.

“Bukan saya kata kita boleh rampas tetapi peluang untuk menang ada dengan syarat kita kerja kuat, kita tidak bertelingkah antara satu sama lain (dan) dengan syarat kita masuk pilihan raya ini guna strategi yang betul, tepat (dan) pilihlah calon yang boleh memenangkan kita,” katanya.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Bersama Menteri Pertahanan anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di sini malam tadi.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau, berkata pertelingkahan sesama ahli tidak seharusnya berlaku kerana ia bukan sahaja melemahkan parti tetapi menyebabkan pengundi terutama pengundi atas pagar beralih ke parti lawan.



“Itu sebabkan banyak tempat pilihan raya (sebelum ini) negeri-negeri kita kalah bukannya parti lawan kuat tapi kita bertelingkah sesama sendiri, keluar saja nama calon, tutup bilik gerakan, keluar poster, keluar ‘banner’

“Macam mana nak menang kalau macam itu (situasi itu) sudah melemahkan semangat orang (pada sama sama) orang atas pagar tengok apa punya parti macam ini, jadi patut-patut dia undi kita langsung dia takundi kita.

“Jadi itu yang saya katakan tadi elakkan pertelingkahan, elakkan perbalahan (dan) satu hati untuk kita mengharungi pilihan raya negeri ini, kalau nak menang buat cara nak menang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga yakin dapat mengekalkan kemenangan di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang kini dikuasai Kerajaan Perpaduan.



Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kini di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), mana kala Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah Perikatan Nasional (PN). BH

BN boleh menang di Terengganu, Kedah – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami



Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker