Bookie muncul sebab pengurusan gagal
Bookie muncul sebab pengurusan gagal

Kuala Lumpur : Kepincangan serta kegagalan pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab mereka menjadi punca utama sindiket bookie mula merisik sebelum terus mengikat pemain di dalam Liga Malaysia (Liga M) dengan tawaran jalan pintas bagi mendapatkan habuan berupa kewangan.
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, isu bookie di Malaysia ini bukan sesuatu yang baharu sebaliknya ia isu berbangkit sejak sekian lama dan sekarang mereka dilihat cuba mengubah sedikit modus operandi untuk mengelak di kesan oleh pihak berwajib.
Tambahnya, bookie itu juga dilihat bijak mencari mangsanya iaitu pasukan atau pemain yang benar-benar memerlukan sumber kewangan sehingga mereka terpaksa menerimanya meskipun tahu perkara berkenaan salah di sisi undang-undang.
“Isu bookie ini bukan baharu mereka masuk Liga M ini tapi sudah lama cuma mereka ini semakin pandai mencari mangsa baharu dan tidak berikan duit secara terang-terangan. Malah liga kita sendiri yang membuka ruang kepada bookie ini untuk masuk.
“Masalah dalaman yang berlaku dalam liga kita sekarang seperti masalah hutang, gaji tak dibayar sehingga memberi kesan cukup besar kepada pemain itu sendiri dan menyebabkan mereka terpaksa menerima kerana tiada pilihan lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
“Tapi kita nampak mereka (pemain) masih lagi boleh beraksi padahal empat hingga lima bulan gaji tidak diterima. Boleh bermain seperti biasa dengan harapan pihak pengurusan akan bayar tunggakan mereka nanti.
“Perkara-perkara ini sebenarnya yang boleh memberikan ruang untuk bookie dan ia bukan sahaja melalui pemain itu sendiri tetapi melalui jurulatih. Jadi ni antara benda-benda yang membuka ruang kepada kemasukan bookie dalam liga-liga kita,” katanya.
Selain itu, beliau menambah, bookie juga akan mencari pasukan yang bermasalah kerana orang tidak akan syak apa-apa kerana sememangnya pasukan itu sudah itu dengan masalah kewangan atau tunggakan gaji.
“Kalau pasukan itu berada dalam keadaan yang baik dan keadaan gaji yang berbayar setiap bulan dengan elok, pemain yang terbabit dengan bookie sudah pasti dapat mengenal pasti pemain itu.
“Tetapi disebabkan pasukan itu berada dalam banyak masalah menyebabkan orang ramai tidak ambil kisah dan tidak ambil pusing apa yang terjadi dalam pasukan itu,” katanya.
Bookie muncul sebab pengurusan gagal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib
You must be logged in to post a comment.