Maeps janji perbaiki pusat kuarantin

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengakui kekurangannya dalam menguruskan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).

JKNS berkata pertambahan mendadak pesakit menjadikan Maeps beroperasi melangkau kapasitinya.

Pun begitu, JKNS berkata pihaknya sedang menambahbaik penempatan pesakit Covid-19 di Maeps daripada beberapa aspek yang ditekankan baru-baru ini.

Ia bertujuan bagi meningkatkan keselesaan pesakit yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Maeps.



“Peningkatan kes Covid-19 terkini juga menyaksikan pertambahan kes-kes kategori 3 yang mendadak di mana pada awalnya PKRC Bersepadu Maeps hanya menyediakan 60 buah katil bagi kategori tersebut dan kini menempatkan sebanyak 752 buah katil serta akan ditambah kapasitinya menjadi 1,000 buah katil dalam waktu terdekat.

“Peningkatan ini sudah tentunya meningkatkan cabaran kepada para petugas dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada para pesakit,” menurut kenyataan JKNS hari ini.

 

Ia berikutan artikel yang menceritakan tentang keluhan penghuni di Maeps 2.0 yang menempatkan pesakit Covid-19.



Semalam portal Free Malaysia Today melaporkan pesakit di Maeps perlu menunggu sehingga enam jam untuk mendapatkan katil dan menggigil kesejukan akibat suhu penghawa dingin serta perlu menunggu berjam-jam untuk makanan dan penggunaan kemudahan di situ.

Mereka juga menekankan tiada jarak fizikal diamalkan di pusat tersebut.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




Tentera Bawang Malaysia Sertai Perjuangan Bela Palestin Gaza

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker