Resepi Kuey Teow Kung Fu

Resepi Kuey Teow Kung Fu
Resepi Kuey Teow Kung Fu

Masa Penyediaan: 10 minit,
Masa Memasak:5 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Resepi Kuey Teow Kung Fu, sedap dan mudah dimasak cuma memerlukan bahan-bahan yang banyak dalam penyediaan kuahnya. Apa yang istimewa denga kuey teow kung fu ini adalah kuey teow nya digoreng terlebih dahulu bersama telur dan kuahnya dituang kemudian sejurus sebelum dihidang. Selamat mencuba 🙂

Bahan-Bahan: Resepi Kuey Teow Kung Fu

1 paket kuey teow, 500g
1-2 biji telur
1 sudu kecil lada sulah



Bahan-bahan untuk kuah:

3 ulas bawang putih
1 mangkuk fishball atau fishcake
1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
5 ekor udang
3 ekor sotong
air, anggaran 3 cawan
sayur karot, hiris halus memanjang
bunga kobis
3 batang jagung muda
sayur sawi
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar serbuk pati ayam
garam secukup rasa
1 biji tomato, belah 4
6 biji cili padi, belah dua
1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
hirisan daun bawang
bawang goreng

Cara Penyediaan:  Resepi Kuey Teow Kung Fu

Cara-cara untuk kuey teow:



Bersihkan kuey teow dan toskan airnya.

Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sebati.

Panaskan sedikit minyak.

Ambil kuey teow anggaran seorang makan dan masukkan dalam mangkuk.



Tuang sedikit telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Goreng kedua-dua belah kuey teow. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk kuah: 

Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.

Masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kacau seketika.

Masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih kemudian msukkan sotong dan udang.



Kemudian Masukkan karot, jagung muda, bunga kobis dan sawi.

Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.

Dan Masukkan tomato dan cili padi, dan diikuti dengan air bancuhan tepung jagung. Kalau kurang pekat boleh tambah lagi tepung jagung.

Tuang kuah di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.



Tips:

Jangan basuh kuey teow lama sangat kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.

Resepi Che Nom

Resepi Kuey Teow Kung Fu


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


Resepi Mee Bandung Sempoi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker