Pesara swasta kerugian RM1.3 juta : Macau Scam

Pesara swasta kerugian RM1.3 juta diperdaya ‘pegawai bank’ : Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank, awal bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ia bermula apabila wanita berusia 60 tahun itu menerima panggilan yang mendakwa kononnya kad kredit miliknya telah membuat pembelian bitcoin di laman web sosial.

“Wanita itu kemudiannya menerima salinan ‘laporan polis’ kira-kira pukul 9.02 pagi keesokan harinya melalui WhatsApp dan diminta untuk memberikan semua maklumat akaun bank, kononnya bagi tujuan memperbaharui akaun.

“Pada 10 Mei lepas, wanita itu membuat semakan dengan Bank Negara dan dimaklumkan panggilan yang diterimanya adalah palsu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.



Mohamad Fakhrudin berkata semakan mendapati wanita itu telah mendedahkan maklumat mengenai tujuh akaun banknya kepada pemanggil.

— BERNAMA

Pesara swasta kerugian RM1.3 juta diperdaya ‘pegawai bank’ : Macau Scam


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




Guru wanita rugi RM115,000 ditipu Macau Scam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker