Sepatutnya dapat gelaran Tun – cucu Nik Aziz

Sepatutnya dapat gelaran Tun – cucu Nik Aziz

Keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui terkejut apabila awalnya mereka dicanangkan bekas Menteri Besar Kelantan itu akan menerima anugerah bergelar Tun.

Bagaimanapun, surat daripada Istana Negara yang dihantar melalui anak keduanya, Nik Omar hanya memaklumkan Nik Abdul Aziz bakal dianugerahkan pingat bergelar Tan Sri.



Ini diceritakan cucu Allahyarham, Nik Nur Humaira menerusi akaun Facebooknya yang menyifatkan pihaknya tidak dapat menolak jemputan daripada Istana Negara itu.

“Memandangkan jemputan daripada Istana Negara tidak boleh ditolak maka isteri Allahyarham, Tuan Sabariah Tuan Ishak, nenda kami memenuhi undangan tersebut.

“Ahli keluarga dicanangkan lebih awal bahawa Tuan Guru akan dianugerahi gelaran Tun namun sebaliknya apabila surat istana tiba, ternyata kami dikejutkan dengan penerimaan gelaran Tan Sri sahaja.

“Ah, tidak pelik kerana yang mencanangkan ini memang dikenali sebagai Mat Retorik, sebagaimana Tun M (Dr. Mahathir Mohamad) menggelarkannya,” katanya.



Isnin minggu lalu, media melaporkan, Allahyarham Nik Abdul Aziz dan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang merupakan antara 25 individu dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Nik Aziz dan Kit Siang masing-masing sebelum ini merupakan bekas Mursyidul Am Pas dan bekas Penasihat DAP.

Menurut Nik Nur Humaira, mereka tidak memandang rendah gelaran Tan Sri, tetapi terkejut kerana ayahanda ulama sepuh milik ummah itu diletakkan sebaris dengan Kit Siang iaitu seteru politik agama dari dulu sehingga nafas akhir beliau.

“Ternyata, sama sahaja taraf seorang ulama yang bermati-matian atas nama Islam, dengan seorang berfahaman chauvinis dan tidak menerima Malaysia sebagai negara Islam di mata Malaysia Madani ini.



“Secara zahirnya, penganugerahan ini adalah perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong. Namun, senarai penerima ini akan dicadang serta ditapis oleh Perdana Menteri terlebih dahulu.

“Bahkan, surat jemputan daripada istana tidak diberikan melalui kerajaan negeri sebaliknya dihantar melalui anak kedua Allahyarham (Nik Omar) yang memilih bertanding di atas tiket PKR di Perak,” katanya.

Nik Nur Humaira turut mempersoalkan selama 23 tahun Allahyarham Nik Abdul Aziz memimpin kerajaan Pas di Kelantan namun undangan bersejarah seperti itu diberikan melalui tangan seorang yang memilih untuk tidak bersama perjuangannya.

Beliau juga menyatakan, penulisannya ini tidak bermakna bertentangan dengan Pas yang turut meraikan penganugerahan itu tetapi lebih kepada ingin menepis naratif keluarga besar Nik Abdul Aziz berpecah dan hendak menyatukannya.



“Masa jadi kerajaan, Pas tak beri Tan Sri pun atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tak lupa kawan dan lain-lain reverse psikologi yang ditujukan.

“Walhal, hanya kerana seorang anak allahyarham tidak sedar dirinya menjadi bola bagi pihak lawan, bergerak ikut kaki yang menyepaknya, meraikan ayahnya yang diletakkan sebaris dengan musuh agama yang dilawan sehingga keras jiwa dan putus nyawanya.

“Ulama ini diberikan pengiktirafan hanya setelah jasad tertanam jauh di dalam bumi. Sayang sekali, ketokohan beliau diperalatkan setelah beliau tiada,” ujarnya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz telah dianugerah gelaran Dato’ Bentara Setia pada tahun 2010 iaitu tiga tahun sebelum turun dari kerusi Menteri Besar setelah 23 tahun pemerintahan.



“Apa ertinya? Bahawa gelaran material ini tidaklah pernah menjadi keutamaan beliau kerana sedar pangkat dan darjat di dunia tidak menyamai ganjaran dan keredaan Allah.

“Walaupun begitu, di kesempatan ini, saya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan penganugerahan Darjah Kebesaran PSM ini kepada Allahyarham datuk kami, Nik Abd Aziz Nik Mat.

“Junjung kasih, Tuanku. Pengiktirafan sebenar akan lebih bermanfaat sekiranya idea tokoh ini diperjuangkan, biografi hidupnya dibukukan serta wawasannya diangkat ke persada,” katanya. MG

Sepatutnya dapat gelaran Tun – cucu Nik Aziz



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’

‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib

Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker