Resepi Kuih Talam Pisang Lembut Bergedik

Resepi Kuih Talam Pisang Lembut Bergedik

Jom buat Kuih Talam Pisang. Agak unik dan jarang dibuat orang kerana selalunya biasa kita dengar kuih talam pandan, talam ubi, dan talam gula merah.

Kalau ada pisang banyak di rumah dan tak tahu nak buat apa, boleh lah cuba resepi ini. Perkongsian dari Cik Puan Zaim Sarah ini sangat menarik dan nampak menyelerakan.



Bahan-bahan yang digunakan pun adalah seperti mana kita buat kuih talam seperti biasa, cuma bahan utamanya ditukarkan kepada pisang. Jom tengok cara-cara penyediaannya.

Bahan lapisan atas:

1 cawan penuh pisang yang dh diramas kasar
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
Sedikit garam

Cara penyediaan lapisan atas:



1. Gaul semua bahan kecuali pisang. Bila bancuhan tidak berketul barulah masukkan pisang.

2. Panaskan pengukus, sapu sikit minyak pada loyang. Bila dah mendidih, masukkan loyang lapisan bawah. Kukus dalam 20 minit.

Bahan lapisan bawah:

3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
Sedikit garam



Cara penyediaan lapisan bawah:

1. Panaskan sekejap 3 bahan diatas. Bila lapisan bawah dah masak, cucuk-cucuk dgn garpu kemudian barulah tuang lapisan atas. Kukus dalam 15 minit.
2. Sejukkan dahulu barulah boleh dipotong. (Penutup pengukus balut kain supaya air wap tak kena pada kuih)

Nota tambahan:

Ramai yang tanya pisang apa boleh guna, apa-apa jenis pisang yang selalu buat untuk kuih macam pisang berangan, kapas, abu, awak, emas pun boleh asalkan pisangnya dah masak.
Kuih ini lepas siap kukus memang lembut, jangan potong masa panas. Bagi betul-betul sejuk dulu dan mengeras.
Selamat mencuba resepi ini.



Resepi Kuih Talam Pisang Lembut Bergedik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perempuan Itu ‘panas’



‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami

Wan Rosdy sebak kenang nasib Najib



Lelaki dakwa lihat makhluk asing tinggi 3 meter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker