Kes seks bekas Pengarah Keselamatan BERSATU, serahan dokumen 17 Julai
Kes seks bekas Pengarah Keselamatan BERSATU, serahan dokumen 17 Julai
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 17 Julai depan untuk penyerahan dokumen membabitkan kes bekas Pengarah Keselamatan BERSATU Parlimen Shah Alam, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin, atas tuduhan melakukan seks menggunakan objek terhadap pegawai bank.
Hakim, Siti Aminah Ghazali, memutuskan tarikh itu ketika sebutan kes yang turut dihadiri peguam bela Wan Mohammad Ashraf, Datuk Ishak Mohd Yusoff dan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, serta Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip.
Terdahulu, Nidzuwan memohon satu tarikh sebutan kes baharu untuk serahan baki dokumen kepada pembelaan.
“Kita ada serahkan dokumen kes itu hari ini kepada pihak pembelaan, bakinya akan diserahkan pada sebutan kes seterusnya,” katanya.
Susulan itu, Mohamad Hanafiah mengesahkan menerima dokumen terbabit hari ini.
Pada 11 Mei lalu, Wan Mohammad Ashraf yang juga ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan seks menggunakan objek terhadap pegawai bank tanpa kebenaran wanita itu.
Wan Mohammad Ashraf, 42, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 26 tahun di tandas wanita sebuah restoran di hotel di Jalan Bukit Bintang di sini pada jam 5 pagi, 2 Januari lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.
Tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai. BH
Kes seks bekas Pengarah Keselamatan BERSATU, serahan dokumen 17 Julai
Baca Artikel Menarik:
- Asal Umno tak menang – Annuar Musa
- Umno hancur jika terima kembali ‘gunting dalam lipatan’ – Ku Li
- Janna Nick Jemput Ustaz Wadi, Netizen Segan Dengan Baju Tak Cukup Kain
- Sijil halal Jakim, 72 peratus milik syarikat bukan Islam
- Perjuangan Melayu Mahathir ‘melencong’ ikut kesesuaian – Ku Li
- DAP akan bantu UMNO habis-habisan – Kor Ming
- Kes pergaduhan di Maran, 9 lelaki akhirnya diberkas polis
- Anwar mahu Pulau Pinang diperintah pemimpin cerdik
- Geng kereta BMW ‘bangang’ akhirnya kena saman, halang laluan Jambatan Kedua
- Presiden MCA lepas jawatan MCA Bahagian setelah 30 tahun
- Nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta sah milik Sultan Johor
- Gaji Messi Amerika jauh ketinggalan dengan Ronaldo di Arab Saudi
- PAS ambil 37 kerusi, Bersatu hanya 8 kerusi di Kelantan
- “Menyanyi tak ke mana, tapi boleh hidup mewah”, Peminat ‘bahasakan’ Ariff Bahran
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami