Annuar puji parti ‘kafirkannya’ satu ketika dahulu – Mustapha
Annuar puji parti ‘kafirkannya’ satu ketika dahulu – Mustapha
Saranan bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa mahu orang Melayu dan Islam mengangkat parti Pas sebagai teras utama perjuangan ummah bukan suatu yang mengejutkan.
Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ini kerana bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sudah secara rasmi menyertai Pas dan sudah tentu akan memuji parti yang pernah mengkafirnya suatu ketika dahulu.
“Kenyataan beliau tidak mengejutkan kerana dia sekarang sudah menjadi ahli Pas. Saya ibaratkan Annuar ini penjual ikan. Dia pasti akan menjaja ikannya baru dan segar walaupun ikan itu ikan lama yang dibubuh ubat tahan lama dan disimpan dalam air batu.
“Jadi, bukan suatu yang pelik dengan kenyataan itu kerana ketika berada dalam UMNO, dia tahu apa yang dia kata kepada Pas dan sekarang bila berada dalam Pas dia mengata UMNO. Dia jilat Pas dan puji Pas melangit,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Annuar yang kini Pengerusi Muafakat Nasional (MN) mahu orang Melayu dan Islam perlu bersatu di bawah Pas yang lebih jujur berjuang untuk agama dan negara.
Katanya, orang Melayu dan umat Islam perlu segera disatupadukan di bawah panji-panji perjuangan yang lebih istiqamah dan lebih jujur menjunjung agama, bangsa dan negara.
Menurut Mustapha, tidak pelik kalau sekarang Annuar nampak Pas jujur berjuang untuk agama dan negara.
“Kejujuran Pas yang sanggup menjual dan memperalatkan agama yang dahulunya Annuar laung ke seluruh negara? Annuar sebenarnya tidak jujur kepada dirinya dan perjuangannya.
“Apa yang diperjuangkan oleh UMNO sejak merdeka ialah untuk mewujudkan sebuah negara yang aman harmoni melalui Perikatan dan Barisan Nasional (BN).
“Apakah itu tidak cukup sebagai bukti yang UMNO satu-satunya parti yang memperjuangkan negara bangsa dan menjaga kepentingan pelbagai kaum?” soalnya.
Mustapha turut menyifatkan Annuar cuba merasakan dirinya sebagai hero yang memperjuangkan matlamat perpaduan itu.
Ujarnya, UMNO tetap mengamalkan sikap kesederhanaan semasa menjadi tonggak kerajaan.
Sebab itu, kata beliau, UMNO bersedia berkongsi kuasa dengan MCA, MIC, Gerakan dan parti dari Sabah dan Sarawak malah UMNO pernah berkongsi kuasa dengan Pas di zaman Datuk Asri Muda.
“Itu buktinya UMNO boleh menjadi guru dan ada masanya UMNO menjadi murid.
“Saya sarankan kepada Annuar supaya lupakanlah UMNO. Dia telah memilih destinasi barunya. Selamat berjuang dalam Pas.
“Semoga dia dapat menyesuaikan dirinya dalam Pas dan berjaya menjadi tokoh penting Pas. Kami halalkan segala makan minum dan kesenangannya semasa dalam UMNO dulu. Cuma kami minta janganlah bila habis manis, sepah dibuang,” katanya. MG
Annuar puji parti ‘kafirkannya’ satu ketika dahulu – Mustapha
Baca Artikel Menarik:
- Asal Umno tak menang – Annuar Musa
- Umno hancur jika terima kembali ‘gunting dalam lipatan’ – Ku Li
- Janna Nick Jemput Ustaz Wadi, Netizen Segan Dengan Baju Tak Cukup Kain
- Sijil halal Jakim, 72 peratus milik syarikat bukan Islam
- Perjuangan Melayu Mahathir ‘melencong’ ikut kesesuaian – Ku Li
- DAP akan bantu UMNO habis-habisan – Kor Ming
- Kes pergaduhan di Maran, 9 lelaki akhirnya diberkas polis
- Anwar mahu Pulau Pinang diperintah pemimpin cerdik
- Geng kereta BMW ‘bangang’ akhirnya kena saman, halang laluan Jambatan Kedua
- Presiden MCA lepas jawatan MCA Bahagian setelah 30 tahun
- Nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta sah milik Sultan Johor
- Gaji Messi Amerika jauh ketinggalan dengan Ronaldo di Arab Saudi
- PAS ambil 37 kerusi, Bersatu hanya 8 kerusi di Kelantan
- “Menyanyi tak ke mana, tapi boleh hidup mewah”, Peminat ‘bahasakan’ Ariff Bahran
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Fitnah Kepala Otak Kau!’ Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami