Wanita pandu BMW lawan arus hentam Perodua Bezza belum beri keterangan [VIDEO]

GEORGE TOWN – Polis belum merakamkan keterangan daripada wanita yang juga pemandu kereta BMW yang dilaporkan memandu secara melawan arus sehingga merempuh sebuah kereta Perodua Bezza dari arah pusat bandar menghala ke Jambatan Pulau Pinang di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pemandu wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu kini dirawat di sebuah hospital swasta manakala pemandu Perodua Bezza yang merupakan lelaki berusia 20-an kini berada di Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurutnya, hasil semakan, kejadian berlaku pada pukul 12.30 malam tadi di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala ke pusat bandar.



“Mangsa seorang lelaki warga tempatan (pemandu Perodua Bezza) memandu dari Sungai Petani menuju ke Taman Kristal, Mount Erskine telah bertembung dengan kereta jenis BMW berwarna putih yang dipandu seorang wanita tempatan dalam keadaan melawan arus.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, pemandu motokar Perodua Bezza telah mendapat kecederaan pada abdomen manakala wanita terbabit mengalami kecederaan pada bahagian dada.

“Setakat ini, keterangan daripada kedua-dua pemandu masih belum dapat diambil kerana masih menerima rawatan lanjut dari pihak hospital,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru katanya,orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut, Inspektor Mohd. Azli Khairil Mat Lazin ditalian: 019-5946806 bagi membantu siasatan.



“Pihak polis menasihati orang awam khususnya pengguna jalan raya agar sentiasa peka terhadap arahan lalu lintas bagi mengelakkan sebarang kejadian kemalangan yang tidak diingini berlaku,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker