Tok Mat kritik bekas pemimpin UMNO yang kini jadi penghasut parti

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hassan meminta ahli parti itu supaya tidak terpengaruh dengan kritikan termasuk daripada mereka yang menyimpan dendam terhadap Umno.

Bercakap kepada pemberita di pusat media rasmi di Perhimpunan Agung Umno hari ini, Mohamad berkata parti itu menjunjung kebebasan bersuara dan orang ramai – termasuk bekas pemimpin atau ahli – bebas untuk mengkritik parti.

“Umno ini parti yang telah banyak usia, lama dan saya harap ahli-ahli boleh membuat penilaian masing-masing, kadang-kadang ada ungkapan-ungkapan dan percakapan mereka lemparkan itu merupakan psywar (perang psikologi).



“Ada juga merupakan lepaskan geram jadi kita tak mahu (terpengaruh), saya harap ahli Umno terutamanya tidak terganggu dengan apa-apa yang diperkatakan,” kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat.

Mohamad juga mengulangi gesaannya agar Umno terus maju, baik dalam parti atau sebagai sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

Perwakilan Umno yang membahaskan ucapan dasar presiden antara lain menyuarakan gesaan agar parti itu mengukuhkan kedudukannya menjelang enam pilihan raya negeri akan datang.

“Kita tak mampu lagi berpecah-pecah, kita tak mampu lagi berselisih, berpuak-puak. Kurangkan sindir menyindir antara satu sama lain.



“Jika ada cadangan dan pandangan untuk kebaikan parti ataupun menegur parti, gunakan saluran yang sedia ada dalam parti untuk kita bincangkan dan kita memperbaiki apa-apa kelemahan,” katanya.

Umno sebelum ini mendapat kecaman daripada beberapa bekas pemimpinnya yang dipecat termasuk Annuar Musa dan Noh Omar yang kini dijangka bertanding atau berkempen untuk Perikatan Nasional dalam enam pilihan raya negeri akan datang.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki baru-baru ini berkata adalah perlu bagi parti itu mengekang pemimpinnya daripada menyerang sesama anggota atau pemimpin dalam kerajaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker