20 pelajar keracunan lepas minum ‘Spirit’

Seramai 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Pitas dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas keracunan hidrokarbon (Spirit).

Semua pelajar berusia 13 hingga 17 tahun berkenaan bagaimanapun dalam keadaan stabil dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pitas dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan HQE II.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, siasatan awal mendapati seorang pelajar telah membeli sebotol minuman bikarbonat dan dua botol ‘Spirit’ dari sebuah kedai runcit kira-kira pukul 1 tengah hari pada 6 Jun lalu.



Menurutnya, salah seorang pelajar kemudian dipercayai mencampurkan kedua-dua minuman itu sebelum campuran itu diminum secara beramai-ramai.

“Tiga pelajar mengalami sakit perut dan mengadu kurang sihat sebaik minum campuran itu sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada warden asrama.

“Semua pelajar berkenaan seterusnya dibawa ke Klinik Komuniti Pinggan-Pinggan bagi mendapatkan rawatan.

“Pelajar itu bagaimanapun diarahkan pulang dan diarah untuk datang semula ke klinik sekiranya gejala semakin teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Mengulas lanjut, Zairolnizal berkata, dua hari kemudian, tiga pelajar dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pitas dengan dua daripadanya mengalami kekejangan otot serta tercungap-cungap selain bacaan GCS lemah dan dirawat melalui intubasi.

Jelasnya, kedua-dua mangsa kini dirujuk ke HQE dan HQE II serta sedang dirawat di Unit Kecemasan.

“Seramai 18 pelajar lain masih mendapat rawatan di Hospital Pitas masing-masing empat di zon kuning dan 14 di zon hijau manakala semua mangsa dalam keadaan stabil.

“Berdasarkan keterangan Pegawai Perubatan, pihak hospital pada mulanya mengesyaki gejala tersebut adalah mabuk metanol daripada mana-mana cecair arak.



“Sebaik mengesan botol ‘Spirit’ yang diberikan oleh mangsa, kes diklasifikasi sebagai keracunan hidrokarbon (Spirit) memandangkan ianya berasaskan Petroleum,” katanya

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel



Remaja diseksa dan dipaksa berbogel

Komplot jahat doktor pakar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker