BMW R 18 edisi terhad 100 tahun berharga RM159,500

BMW R 18 edisi terhad 100 tahun berharga RM159,500

BMW Motorrad Malaysia hari ini menampilkan BMW R 18 100 Years, terhad kepada 1,923 unit sahaja di seluruh dunia.

Hanya 10 unit disediakan secara eksklusif untuk pelanggan dan peminat jenama ini di Malaysia.



Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, berkata, mempersembahkan jentera ‘SoulFuel’ dalam ragam yang benar-benar ikonik, BMW R 18 100 Years bakal menempa nama sebagai kruiser klasik keluaran BMW Motorrad paling menawan, dikuasakan oleh enjin sesaran bersaiz terbesar yang dimuatkan dalam sebuah motosikal.

Beliau berkata, dirumus untuk peminat sejati jentera berperwatakan klasik, BMW R 18 adalah sebuah ikon yang bersifat abadi, hadir dengan elemen-elemen penting yang mendefinisikan model terdahulu, termasuk seni rekaan ‘puris’ dengan teknologi yang serba ringkas dan enjin boxer bersaiz besar yang mengagumkan untuk menjamin keterujaan maksimum.

Katanya, menjulang slogan ‘Make Life a Ride’ kini selama 100 tahun, edisi seabad BMW R 18 menonjolkan keabadian pengalaman tunggangan yang mengghairahkan.

“Kami berasa teruja untuk mempersembahkan varian edisi terhad jentera kruiser klasik ini buat pelanggan setia BMW Motorrad di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.



BMW R 18 100 Years mencerminkan seni bina BMW R 18 yang menyulam unsur-unsur moden serta klasik, mewarisi pelbagai ciri yang memberi jentera ini sebuah yang unik.

BMW R 18 terbaharu turut diperkayakan dengan elemen-elemen rekaan klasik yang menjengah lewat 1920-an, apabila konsep kombinasi permukaan krom dan cat berkualiti tinggi melahirkan sebuah jentera yang benar-benar memukau.

Kelengkapan utama yang lain bagi BMW R 18 100 Years meliputi meter laju baharu dengan paparan pelbagai fungsi, di samping lampu hadapan LED penuh, lampu belakang dan brek LED bersertakan indikator, Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), tiga mod tunggangan (Rock, Roll, Rain) di samping kemudahan Tunggangan Tanpa Kunci.

Kelengkapan pilihan yang kini didatangkan secara standard meliputi Lampu Hadapan Adaptif, penggenggam berciri hangat, Kawalan Permulaan Curam (HSC), Kawalan Luncur, gear mengundur, penutup tangki minyak yang boleh dikunci, di samping rangkaian kuasa dan panel pemijak berwarna hitam.



Dengan Pelan Pembiayaan yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW R 18 100 Years baharu bermula daripada RM1,938 sebulan (berdasarkan anggaran pembiayaan Balloon Financing sebanyak 80 peratus bagi tempoh empat tahun).

Pemilik juga boleh menikmati pelbagai faedah tambahan menerusi program-program yang terunggul seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.

Harga runcit bagi BMW R 18 100 Years baharu dengan waranti tiga tahun serta program bantuan tepi jalan tiga tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans ialah RM159,500. BH

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam



Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker